Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... "Wahai manusia dengarlah baik-baik apa
yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan
teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas
segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala
urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para
isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.
Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari,
berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu
dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah
sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap
Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang
telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,
nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan
kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan
Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini
menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu
menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku
ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu. "
... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...
Home »
tentang Islam
» tahu kah anda
tahu kah anda
Posted by nuryadi
Posted on 15.43
with No comments
0 komentar:
Posting Komentar